Thursday, 26 May 2016

SEBUAH KISAH YANG MENYENTUH HATI

SEBUAH CERITA MENYENTUH HATI...
Seorang anak kecil sedang melihat ibunya memotong seekor ayam untuk dimasak dan dibuat lauk, anak kecil itu mendekati ibunya dan dia ternampak seketul hati ayam lalu menyentuhnya dengan perlahan. Kemudian dia keluar bermain dengan rakan-rakannya, tidak lama selepas itu dia masuk semula ke dalam rumah dan menyentuh lagi hati ayam tersebut. Dia kemudiannya pergi ke ruang tamu untuk menonton tv, 10 minit selepas itu dia bergegas ke arah ibunya dan menyentuh hati ayam itu dengan lembut. Akhirnya, ibunya memarahinya dengan perbuatannya itu lalu dia berhenti dari menyentuh hati ayam tersebut.
Benar-benar sebuah cerita menyentuh hati..HEHEHE

BERITA

DUA orang pelajar SMKSA berjaya menyelamatkan kebakaran dalam tandas sekolah. Kebakaran tersebut berlaku akibat arus elektrik daripada wayar yang terputus di dalam tandas tersebut. Ketika kejadian berlaku, dua pelajar iaitu Raziq dan Jamal ingin masuk ke tandas namun ada sesuatu yang aneh apabila mereka mendapati ada terhidu bau seperti asap. namun,keadaan kembali selamat

AKTIVITI SEKOLAH - ANTARA AKTIVITI SMKSA YANG TELAH BERLANGSUNG SEPANJANG PENGGAL PERTAMA PERSEKOLAHAN TAHUN 2016


SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SMK SERI AMAN 2016

Sabutan hari guru ini berlangsung pada 16 May 2016 bertempat di dewan SMKSA. Pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang majlis tersebut berlangsung. Dengan Suasana yang begitu meriah, sambutan pada tahun ini merupakan sambutan yang paling meriah sepanjang tempoh 10 tahun.



KARNIVAL HARI SUKAN SMKSA

Karnival terbesar yang pernah dianjurkan oleh SMKSA sepanjang tempoh sekolah ini dibina. Dalam misi sekolah ingin menjadi sekolah yang cemerlang dalam semua bidang termasuk akademik dan kokurikulum, pihak sekolah berjaya mendapat satu lagi peluang untuk menyerlahkan bakat para pelajar dalam aktiviti sukan dan olahraga dengan berjaya membuat satu Karnival Hari Sukan pada 7 - 10 Mei 2016 dan juga karnival hari sukan yang terbesar dalam sejarah sekolah disamping berjaya mengikat kontrak dengan penaja tersohor seperti MILO, 100 Plus dan FIT Malaysia.

ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU

KOMPANG

kompang
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit Kambing. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan. Alat muzik ini berasal dari duniaArab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

REBANA

rebana ubi
Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya. Bagi masyarakatMelayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk. Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana ubi.

 SAPE

Image result for SAPE
Sape merupakan sejenis alat tali dari keluarga Jute yang beleher pendek dan talinya dipetik. Diperbuat daripada jenis kayu lembut lazimnya kayu meranti. badannya yang panjang ditebuk berperanan sebagai ruang gema untuk menghsilkan bunyi. Ianya dimainkan untuk hiburan serta mengiringi tarian. Sape terkenal dikalngan suku kaum Kayan dan Kenyah.

CANANG

canang
Sejenis alat dari keluarga gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat penanda masa(time marker) dalam enssembel paluan tradisional yang terdapat di Kelantan. Dalam konteks persembahan yang berhubung dengan teater tradisionalianya disertakan secara berpasangan iaitu canang ‘ibu’ dan ‘anak’. Kini terapt 2 jenis canang yang sering digunakan iaitu diperbuat daripada besi dan gangsa.

GEDOMBAK

Gedombak merupakan gendang dua muka tetapi hanya pada permukaan dasar sahaja yang dipengan dengan kulit. Dalammkonteks persembahan ianya disertakan secara berpasangan iaitu ibu dan anak yang dimainkan oleh du orang pemain seperti dalam persembahan wayang kulit dan menora di kelantan.

GAMBUS

Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.

LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG LESTARI SMK SERI AMAN


LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG LESTARI
Laporan Aktiviti Gotong Royong
Tarikh: 24 APRIL 2016
Masa: 8.00 – 11.00pg
Lokasi/Sasaran: Sekitar kawasan SMK SERI AMAN
Kehadiran: Murid-murid dan guru-guru.

Objektif gotong-royong:
1.    Memupuk semangat bekerjasama di antara murid-murid dan guru-guru SMK SERI AMAN
2.    Menceriakan kawasan sekolah dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
3.    Memupuk cintakan alam dan kebersihan dalam diri murid-murid.

Laporan aktiviti:

Pembahagian Zon:
Zon 1: Kawasan Longkang dan sekitarnya.
Zon 2: Padang sekolah
Zon 3: Taman-taman di sekitar sekolah
Zon 4: Bilik-bilik khas dan kelas

Peralatan gotong-royong:
Setiap murid dikehendaki membawa kain buruk sahaja dan peralatan-peralatan lain akan disediakan oleh pihak sekolah jika perlu seperti plastik sampah, bakul sampah, penyapu, pongkes dan lain-lain.

Aktiviti:
Pembahagian zon mengikut kelas bagi memudahkan pengurusan murid-murid. Setiap guru kelas bertanggungjawab mengawal aktiviti murid. Aktiviti gotong-royong dimulakan pada pukul 8.30 pg setelah selesai taklimat yang diberikan oleh guru penyelaras gotong-royong. Gotong royong dimulakan dengan aktiviti membersihkan dan mengutip sampah-sarap yang dijumpai pada zon yang telah ditetapkan.
Aktiviti diteruskan dengan gotong-royong di bilik guru bagi memastikan kecerian tempat rehat guru.
Image result for gotong royong sekolah

Murid sedang mengutip sampah mengikut zon yang ditetapkan.
Image result for gotong royong sekolah

Murid tahun 1 turut berperanan menceriakan kawasan sekolah.

Semangat kerjasama menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk Aedes.


Sampah-sarap dikumpulkan


 Gotong-royong tempat rehat bilik guru


Tandas dibersihkan dan dibaiki bagi mengelakkan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes

BERITA SENSASI!!!.. PELAJAR SEKOLAH SMKSA BAKAL MEMUKAU PENONTON DENGAN KEMEWAHAN ALUNAN MUZIK

PASIR PUTEH : Sekolah Mengah Kebangsaan Seri Aman (SMKSA) bakal memukau penonton dengan kemewahan alunan muzik menerusi projek seni terbesar mereka bagi tahun 2016 iaitu Konsert Mega Sekolah pada November depan.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKSA, Muhamad Fauzi Mohamed berkata konsert selama dua jam itu bakal menyediakan peluang bagi pelajar sekolah untuk menonjolkan bakat melalui persembahan pop orkestra, kumpulan akustik, kumpulan gendang, seni tari, seni lukis dan teater.

"Konsert julung kali diadakan ini turut membariskan penyanyi dan pemuzik terkenal seperti Datuk Zainalabidin Mohamad, yang menyuarakan hasrat untuk membantu dan ahli genderang terkenal Steve Thorton.

"Konsert ini juga merupakan yang terbesar pernah diadakan oleh sekolah ini, yang melibatkan kesemua 151 pelajar sekolah," tambahnya.

Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Kempen Mengumpul Dana dan Konsert Mega Sekolah SMKSA, di Perdana Hotel, Kota Bharu.

Laporan Hari Sukan di Sekolah Menengah Kebangsaaan Seri Aman



Pada cuti penggal kedua yang lalu, SMKSA telah mengadakan Hari Sukan. Acara yang diadakan pada hari Rabu, 25 Jun 2016 disertai oleh semua pelajar SMKSA dan semua guru penasihat.

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. 

 Acara bermula pada pukul 8:00 pagi bertempat di Padang SMKSA. Pada pagi itu, kesemua peserta beratur mengikut rumah masing-masing untuk masuk ke padang. Kesemua peserta bersiap sedia untuk mengambil bahagian semua acara.

Antara acara yang dipertandingkan termasuklah acara 100m,200m,400m,4x100m. Selain itu, acara lontar peluru, lompat tinggi, lompat jauh dan lain-lain lagi turut dipertandingkan. Suasana hari tersebut begitu gemilang, riuh-rendah dan meriah dengan tepukan dan sorakan para penonton. Majlis diserikan dengan upacara penyampaian hadiah yang menjadi acara kemuncak.

Sebelum acara berakhir, Pengerusi Majlis mengumumkan keputusan temasya sukan pada hari tersebut. Johan keseluruhan bagi acara sukan tahunan sekolah jatuh kepada rumah Wira (Biru), Naib Johan pula disandang oleh rumah Waja (Hijau) manakala rumah Sateria (Kuning) mendapat tempat ketiga dan akhir sekali rumah Saga (Merah).

 Akhirnya, Tuan Pengetua mengumumkan cuti sehari pada 26 Jun 2016 iaitu pada hari Khamis.  Para peserta tidak penat dan sedih malah mereka berasa gembira kerana memenangi pada acara sukan semasa hari tersebut.

Dilaporkan Oleh,                                                                                  26 Jun 2016

raffeeq m.k

 (RAFFEEQ BIN MOHD)

Setiausaha Sukan
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Aman 

Berita SMKSA!!!..

Pada hari selasa (25 MEI 2016), Persatuan Pengawas SMKSA telah menyertai satu pertandingan Debat yang bertemakan peringkat negeri kelantan. Sukacita dimaklumkan, mereka telah berjaya mendapat tempat pertama dan akan mewakili negeri Kelantan untuk bertanding dalam peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Dewan PWTC, Kuala Lumpur pada 8 Jun 2016.

Oleh itu, marilah sama-sama kita seluruh warga SMKSA mendoakan kejayaan mereka pada pertandingan yang akan datang agar dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Tahniah juga kepada mereka kerana telah mengharumkan nama sekolah dan tahniah juga kepada para peserta lain. 

Sekian, Terima Kasih dan Salam SMKSA

Link (Embedded Code) Aktiviti Sekolah (Sambutan Hari Kantin)

<iframe src="//www.slideshare.net/slideshow/embed_code/key/4s6DmE33uNCRMX" width="595" height="485" frameborder="0" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" style="border:1px solid #CCC; border-width:1px; margin-bottom:5px; max-width: 100%;" allowfullscreen> </iframe> <div style="margin-bottom:5px"> <strong> <a href="//www.slideshare.net/rafiqkhidir/aktiviti-sekolah-sambutan-hari-kantin-smksa-2016" title="Aktiviti sekolah - Sambutan Hari Kantin SMKSA 2016" target="_blank">Aktiviti sekolah - Sambutan Hari Kantin SMKSA 2016</a> </strong> from <strong><a href="//www.slideshare.net/rafiqkhidir" target="_blank">rafiqkhidir</a></strong> </div>

Wednesday, 30 March 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Blog ini memaparkan tentang perkara yang berkaitan dengan Pendidikan Muzik.