PASIR PUTEH : Sekolah Mengah Kebangsaan Seri Aman (SMKSA) bakal memukau penonton dengan kemewahan alunan muzik menerusi projek seni terbesar mereka bagi tahun 2016 iaitu Konsert Mega Sekolah pada November depan.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKSA, Muhamad Fauzi Mohamed berkata konsert selama dua jam itu bakal menyediakan peluang bagi pelajar sekolah untuk menonjolkan bakat melalui persembahan pop orkestra, kumpulan akustik, kumpulan gendang, seni tari, seni lukis dan teater.
"Konsert julung kali diadakan ini turut membariskan penyanyi dan pemuzik terkenal seperti Datuk Zainalabidin Mohamad, yang menyuarakan hasrat untuk membantu dan ahli genderang terkenal Steve Thorton.
"Konsert ini juga merupakan yang terbesar pernah diadakan oleh sekolah ini, yang melibatkan kesemua 151 pelajar sekolah," tambahnya.
Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Kempen Mengumpul Dana dan Konsert Mega Sekolah SMKSA, di Perdana Hotel, Kota Bharu.
No comments:
Post a Comment