Thursday, 26 May 2016

LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG LESTARI SMK SERI AMAN


LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG LESTARI
Laporan Aktiviti Gotong Royong
Tarikh: 24 APRIL 2016
Masa: 8.00 – 11.00pg
Lokasi/Sasaran: Sekitar kawasan SMK SERI AMAN
Kehadiran: Murid-murid dan guru-guru.

Objektif gotong-royong:
1.    Memupuk semangat bekerjasama di antara murid-murid dan guru-guru SMK SERI AMAN
2.    Menceriakan kawasan sekolah dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
3.    Memupuk cintakan alam dan kebersihan dalam diri murid-murid.

Laporan aktiviti:

Pembahagian Zon:
Zon 1: Kawasan Longkang dan sekitarnya.
Zon 2: Padang sekolah
Zon 3: Taman-taman di sekitar sekolah
Zon 4: Bilik-bilik khas dan kelas

Peralatan gotong-royong:
Setiap murid dikehendaki membawa kain buruk sahaja dan peralatan-peralatan lain akan disediakan oleh pihak sekolah jika perlu seperti plastik sampah, bakul sampah, penyapu, pongkes dan lain-lain.

Aktiviti:
Pembahagian zon mengikut kelas bagi memudahkan pengurusan murid-murid. Setiap guru kelas bertanggungjawab mengawal aktiviti murid. Aktiviti gotong-royong dimulakan pada pukul 8.30 pg setelah selesai taklimat yang diberikan oleh guru penyelaras gotong-royong. Gotong royong dimulakan dengan aktiviti membersihkan dan mengutip sampah-sarap yang dijumpai pada zon yang telah ditetapkan.
Aktiviti diteruskan dengan gotong-royong di bilik guru bagi memastikan kecerian tempat rehat guru.
Image result for gotong royong sekolah

Murid sedang mengutip sampah mengikut zon yang ditetapkan.
Image result for gotong royong sekolah

Murid tahun 1 turut berperanan menceriakan kawasan sekolah.

Semangat kerjasama menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk Aedes.


Sampah-sarap dikumpulkan


 Gotong-royong tempat rehat bilik guru


Tandas dibersihkan dan dibaiki bagi mengelakkan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes

No comments:

Post a Comment